26 tahun...


Assalamualaikum... salam 1 Malaysia..
jam aku ketika ini..kurang 3o minit melepas pukul 1200 tghmlm 4 Julai 2010.

satu lagi tarikh yg membawa aku melangkah ke usia yg lebih dewasa, lebih matang dan lebih berusia.

kini aku telah berusia
26 tahun

satu tempoh masa yg cukup tepat untuk aku menilai dan meletakkan diri aku menjadi seorang insan yang lebih matang n dewasa.

terlalu byk yg telah aku lalui, terlalu byk yg telah aku harungi...
semua itu memberi aku sejuta pengalaman dlm hidup untuk menempuh kehidupan yang belum tentu berapa lama lagi untuk aku.

byk juga lagi yg perlu aku pelajari dlm hidup untuk mjd insan yg terbaik.

- kerjaya -
- keluarga -
- harta -
- isteri & anak2 -
- ari tua -

itu yg ketika ini sedang bermain difikiran ku...

terima kasih kepada smua yg sudi menjadi teman dlm hidup aku...
terima kasih kepada semua...

Syukur aku kepada-Nya.. kerana dia telah memberikan aku peluang untuk terus menjalani ujian hidup ini.

2010 : Dari Perspektif Yang Lebih Kritikal

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Setelah hampir 7 bulan voice2heart berhibernasi, kini muncul kembali dengan idea, wajah dan penampilan yang lebih segar dan ceria untuk menyampaikan pelbagai informasi, cerita, perkongsian maklumat dan luahan rasa dan perasaan.

Dengan mengekalkan nama "VOICE 2 HEART", edisi 2010 kali ini telah mengubah alamat URL blog ini daripada voice2heart.blogspot.com ke nama blogger sendiri iaitu talmizie.blogspot.com. Sebagai tanda integriti dan telus dalam menyampaikan idea dan pandangan peribadi terhadap pelbagai isu semasa dan sebagainya.

Yang pasti, dalam menongkah arus teknologi dan urbanasi yang semakin mencabar, pelbagai isu akan dikupas dari pelbagai perspektif yang berbeza disamping cerita-cerita harian tidak akan ditinggalkan untuk dikongsi bersama.

Selamat melayari Voice 2 Heart.